You Are
Watching
Cacha's ChanneL
What's happening


About
Hop on!
tag or die


Recent Entries


PENGAKUAN WANITA GIGI BESI
INI MAKAN DIA!
WORDLESS TUESDAY
TRIP TO BANDUNG
AA'S CONVOCATION
TRANSTUDIO BANDUNG
WE R FAMILY
BELAJAR MEMAAFI
TORA EH RAYA DATANG LAGI!
PULANG KE PAKSI
Thursday, January 19, 2012 @ 6:53 PM
PENGAKUAN WANITA GIGI BESI


Ha ni cerita gua pasal Wanita gigi besi. Bukan wanita besi yang selalu digembar gemburkan tu. Yang gagah tabah cekal tekad dan sebagainya tu.





My weakness is always bout my teeth. Aku selalu rasa tak yakin untuk senyum nampak gigi. Memang 99% of my pictures semua senyum budget tutup mulut. (kadang-kadang muncung itik sikit. ;P) Despite orang sekeliling cakap tak ada apa-apa lah, or normallah ,Aku tetap rasa yang gigi ini macam off scale. Lari dua kilometer kehadapan. Urghh i dunno. it's just my self conscious is way too high kot. Maka, dengan itu it's kinda mengganggu self confidence aku ni.

                    Front view                                                  Side view.


Mula tu aku anggap perkara ni biasa je. Boleh cover lagi kalau aku tak senyum nampak gigi, kalau nak gelak tu, cover-cover tutup mulut macam gadis melayu terakhir ayu tersipu-sipu. :P. Tapi sejak berat badan aku turun dengan drastic tahun lepas, perkara ni dah tak boleh dibendung-bendung lagi. . Dulu masa chubby, pipi tu tembam, jadi ia sedikit sebanyak meng-cover kan gigi tu. Tapi bila dah kurus, pipi dah tak ada, muka dah cengkung, maka dengan jelas terang dan nyatanya, lagi nampak over. - pada pandangan aku lah.


Adik perempuan aku sudah terlebih dahulu bertindak pantas memakai braces. Dia nekad masa mula-mula keluar cerita Halimah Jongang. "jonggang..jonganngg jongangg halimahh jongannngg"(Tipu kalau korang tak pandai nyanyi ikut melodi dia kan. Wawawaawa.) Condition dia lebih teruk dan lebih obvious dari aku. (yes i do think it's heridity) . Dia stress bila orang ejek dia gigi ada awning lah, pakok lah, kalau lumba lari mesti menang sebab gigi sampai dulu lah dan sebagainya, maka dia mengambil langkah bijak dengan blackmail emak supaya bawak dia jumpa Doktor untuk install braces, kalau tidak dia tak nak berak sampai bila-bila. Dan ternyata ia berjaya. Yeyyyy!


Mula-mula tengok dia pakai tu, rasa seksa kesian padan muka semua pun ada. Tapi lagi padan muka dekat aku sendiri. Gigi dia semakin cantik, tapi gigi aku, sampai bila nak begini. Waawaawwaa padan muka aku. Maka, masa bulan Ogos tahun lepas, aku mengambil langkah nekad yang akan mengubah masa depan aku buat selamanya. Ceeewah.

Aku jumpa dua consultant, satu masa praktikal dekat Bandung, satu lagi klinik yang adik aku buat. Dua-dua cakap benda yang sama. Aku tak jonggang. Cuma problemnya, gusi terlampau depan sekaligus menampakkan gigi aku ni penuh dan kedepan. T_T. My condition, they called 'Gummy Smile' bukan gummy bear yee. So after consultations, xray dan moulding, kita proceed juga untuk memakai braces.


Pakai braces ni sebenarnya bukan lah teruk sangat. Nak kata sakit sangat pun tak jugak. Macam-macam lagi lebih sakit dari ni. I've been through worse. Lagi sakit kena tarik rambut masa perperangan saudara.(biasalah adik beradik mana tak pernah gaduh. Bezanya family aku ni hardcore sikit) Lagi sakit jatuh tersebam masa turun tangga KFC sewaktu menyambut hari jadi yang ke 15, dan yang lebih penting, lagi sakit bila hati dan perasaan diperkotak katikkan. Wawawawaa.


Yang rasa sakit bagi aku,


1. Masa start pakai. Mulut tak biasa lagi dengan foreign object maka, ulser atau dalam kata melayunya mata ikan tumbuh meliar di mucous membrane dan justin bibir. Ditambah pulak, ulser tu berlaga dengan besi setiap kali nak bukak atau tutup mulut. Memang menyanyi lah kau kat situ. Ala tapi sekejap je. Dalam 2-3 week dah jadi bestfriend dah.

2. Sakit masa cabut gigi. Rasanya mana-mana procedure pun memang involve cabut gigi. Bezanya which and how much. Aku punya condition, 4 wisdom teeth, atas dan bawah.Yeppi! Padan muka aku. Nak cantik punya pasal, rongak setengah tahun. Masa cabut tu, takda sakit, sebab dia jab local anesthetic, but few hours after. Perghhh air mata lagi laju dari tengok cerita hindustan.

3. Lepas gigi dah cabut, baru dia start tarik. Ha time ni baru ku tahu erti penyesalan. First two months the worst. Lepas beberapa bulan lepas itu, gua steady je beb. Lepas ketat wire, terus bedal Burger Carl's Junior. Weeeee~

4. Tapi sebenarnya yang lebih sakit.. adalah kepahitan keluar duit every month. Kalau untuk benda lain or shopping tak kesah lagi.. First time install tak payah cakap lah. First 3 months 400++ untuk cabut gigi moulding aper semua, lepas tu baru 200 every month. So there goes my Levi's jeans.. Mac compact powder.. Britney Spears Fantasy...  T_T

Oh. kos pasang braces depends on which orthodontics.Mostly, almost 5k. Depends dengan gusi tu cepat follow tak. Kalau lembut lagi, senang lah, so takde lah makan tahun sangat, kos pun kurang. Ada tempat yang 4- 4.5k tapi cer calculate balik bila consult nanti plus minus, xray moulding mesti reach 5 punya. Kalau nak murah buat dekat Indo. 2 Juta lebih kurang je untuk install. (around 1k) Lepas tu follow up kat Malaysia. Tapi, kena buat/bawak record dari dentist Indo. Kalau tak, kena buat record baru. Lagilah costly T_T


Tak banyak sangat beza dulu dan sekarang. Cuma, sekarang ni pergi mana-mana, kena bawak mineral water untuk kumur-kumur lepas makan, lepas tu kalau gosok gigi tu, memang makan masa lah dalam 10 minit macamtu. Macam sental periuk aku buat. Berus gigi tu, setiap 2 minggu mesti tukar baru.

Oh sekarang ni, kalau nak ambil gambar tak boleh tutup mulut, sebab nampak pelik bebenor. Jadi wajib tayang gigi.. Hahaha lebih yakinnn. Syabas betey #tepuk bahu sendiri.


Kalau orang tanya segan tak pakai braces. Tak rasa macam Yo Soy Betty La Fea tu ke? Maka aku dengan yakinnya jawap, TAK PUN. Lagi bangga ada. Kau hado? Aku ada accessories yang kau tak boleh beli kat kedai. Weeeeee~. Pedulik sana cakap dan umpatan orang. Mana dulu orang yang pernah ejek dulu? Tengok gigi sikit? Gigi gua soon to be cantik, selang bulan buat scalling, bersih dan teratur. Gigi loh? Cuba cek dekat belakang lapisan gigi tu, mana tahu ada kulat ke, Hehehe. Tulah. Jangan pandai mengata mengutuk, kalau gigi sendiri tu, pun bangun pagi malas nak gosok. Warna gigi sama naik dengan kain tok bomoh buat jampi. Wawawawa.


Adios.


0 comments

Posted by: Cacha
Time: 6:53 PM

back to top?
Wednesday, November 9, 2011 @ 8:46 PM
INI MAKAN DIA!


Sejak berat gua dah 48-49kg ni rajin pula orang terdekat ajak makan sedap. Huh jealous lah tu. MUHAHAHA *gelak keji. Lu ingat senang ke nak kurus ? 15 kg tau berat turun. Usaha selama 3 tahun lebih ni. Walaupun pada mulanya agak hangat-hangat tahi ayam tapi akhirnya berjaya juga.

Namun, apapasal pun gua tak tahu, ramai pulak yang complain kat gua sekarang ni, kurus sangat tak elok lah, macam mayat lah, dan sebagainya. Gua jadi kompius kejap. Dulu time gua 'semangat' bukan main lagi tomahan yang diberikan.. dugong lah batang nibong lah. Sekarang bila tubuh ini sudah boleh menyaingi Amber Chia, pun lu orang komplen. Gua benar-benar hairan. Huh. Susah betul nak puaskan hati manusia ni.

Walaupun semakin yakin untuk membawa diri dan pakai apa saja pakaian, gua masih stress apabila baju dan seluar favorite dah tak boleh dipakai. Nampak macam seluar pinjam. Tak ada masalah untuk shopping baru, tapi gua tak kira gua nak gak pakai jeans tersebut. Jadi gua pikir, gua nak tambah berat sikit bagi ngam dengan seluar bersaiz 26 itu. *ecewah belagak. Well at least, gua nak 'add some meat' dekat lower limb gua.

Oleh yang demikian, lately gua dah jadi buruk makan. Asal ada kesempatan ada rezeki, pasti gua jalan-jalan cari makan. Lately gua addicted to western food, dari hi end places to uptown hawkers. Semua gua sebat.Senang dapat awek macam gua ni. Pandai bawa diri. *tepuk bahu sendiri. HAHA. Terai sana terai sini. Kesimpulan yang gua dapat, rupa-rupanya gua paling suka Lamb chop dan jangan sangka tempat yang tak exclusive yang pakai payung pasar tu, makanannya tak sedap,padahal gravy dialah yang akan buat terngiang-ngiang setiap kali nampak air mengalir, juga jangan sangka tempat yang kononnya hi-class ada dress code bagai tapi rupa-rupanya steak beharga 200++ dia stok boleh ketuk paku masuk dinding. Keras nak mati. *ok nyanyi beribu sesalan kejap.

ok dah tak nak cakap. Berikut adalah beberapa gambar yang ada dalam handphone botol air gua yang sudah dimuat turun ringtone polifonik -ok takda kaitan. Certain place boleh tangkap gambar, yang lain sama ada air liur berjejeh tak sempat nak snap dah ngapp atau kena sound dengan Mr.Lion King "jangan batak sangat. tengok orang kiri kanan ada snap-snap ke. Gaya dah bukan main, tapi macam budak-budak" . Itulah kata-kata orang yang tiada seni.

Sirloin Steak

T-bone steak


Personal favorite Lamb chop


Ok sebab ini feveret kene letak dua gambar. HAHA

Beef Steak


Caesar Salad


Spaghetti Meatball Bolognaise


Muntah kucing. Ok tipu. Spaghetti with chesse.


Western campur Japanese.


Dan of course tempat makan turun temurun Mr. Lion King, Hokaido Belakang Vistana.
Wajib makan ketam bercili dia. To die for. Butter prawn feveret gua. Dan yang ni Kerang bercili.


Marang kerapu marang keteper steam limau.


Asam pedas ikan pari.


Ok, bila dah jemu makan orang masak. Kita masak sendiri pula. Ceyy padahal lempar je dalam periuk tu. Huhu. All you can eat seafood plus tak seafood pun ada buffet. Dekat Sunway, berbaloi-baloi.



Tadaaa. Dah siap masak. Kalau makan steamboat ni, memang 5-6 kali round lah. Kena prepare pakai baju yang selesa. Jeans jauh sekali menjadi pilihan. Lebih elok pakai tracksuit. HAHA. Balik rumah, perut mesti melekat dekat stereng.





Ada macam Episod Jalan-Jalan Cari Makan tak. Btw, sejak Qi jadi hos ni aku makin suka menontonnya. Kadang tu terliur jugak tengok sipelahap tu makan. Oklah. Sekarang ni, gua nak pergi masak meggi. Okebai.


0 comments

Posted by: Cacha
Time: 8:46 PM

back to top?
Tuesday, November 1, 2011 @ 1:55 PM
WORDLESS TUESDAY



Selalu Wordless Wednesday. Aku tukar, Wordless Tuesday.
Ok tak cakap dah.





0 comments

Posted by: Cacha
Time: 1:55 PM

back to top?
Wednesday, October 19, 2011 @ 10:16 PM
TRIP TO BANDUNG


Pok.. Pok Pok.. Cerita Dah lapuk... Huhuhu, Dah basi pun cerita Bandung ni. Tapi nak jugak letak. Ekekeke. Ayuh lah kita memeningkan otak dengan lautan gambar yang membuak-buak.


Kitorang sempat trip ke Kawah Putih walaupun dalam kesibukan kerja yang kengkonon nya penat sangat tuh. History tempat ni, dia ade volcano yang dah meletops. Dekat 2 jam daki gunung baru sampai. (op coz lah bukan daki dengan berjalan kaki. Ko hilang akal ape?)Kitorang naik ala-ala van terebow. Peh gugur jantung sungguh menatang tu.



Dekat atas, memang superb sejuk. Ler, setakat sejuk genting tu, tu mainan hujung kuku je. Ni sampai tahap boleh kacip gigi dibuatnya. Tambahan pula, waktu tu, baru hujan renyai-renyai. Memang kesejukan dalam kebasahan lah jawapnya.



Harus lah posing-posing kan. Sebbek geng semua sekepala. Muka suci, tapi stok headbanging punya. Memang terrbaik lah.





Lepas tu, ke Situ Patenggang, Tempat Batu Cinta. Kononnya, siapa datang situ dengan pasangan, percintaan dia akan terputus ditengah jalan.Kalau orang dah kahwen aku tak tahu pulau. eh ke apentah. Aku pun dah lupa. ;P Ala mitos semata-mata. Kalau nak pergi Pulau Batu Cinta yang berbentuk Love itu, kena naik tongkang, tapi kalau nak berenang pun, takdahal jugak.






Lepas ke Situ Patengang, kitorang pergi petik strawberry fresh dari Ladang, perghh meleleh wa cakap lu. Aku petik, makan dan makan. Sampai nak meletop perut. fuhhh

Overall, trip kali ni, boleh tahan lah best. Yang paling sadisnya cuma hari-hari makan nasik timbel :(( nangis berdarah kalau ingat balik. Erghh tak ada pilihan makanan langsung kat sana, Nasi padang, nasi timbel, bakso, tempe. Ulang-ulang sampai muntah. Erghh. Nak pergi makan sedap-sedap, jauh pulau dari tempat tinggal. Balik kerja dah penat. Malas nak merayau.

Dan yang tidak kurang bestnya, Shopping lah. :p Typical girl kan. Kalau nak shopping branded stuff kat sini, macam tak berbaloi sangat,Coach, Zara, Nine West, Topshop tu semua dekat Malaysia lagi murah. Tapi kalau handbags.... ahhhh droolllsss... Local product macam kaftan, french lace, dan kain-kain memang berbaloi-baloi beli. Aku pergi 15kg je luggage. Balik 75kg's. Haha. Satu kampong aku belikan ole-ole. Lepas tu, banker kat Malaysia lah yang botak kepala. Yang aku tahu, tunggu depan Cimb niaga, untuk wang masuk. Muahahaha.


Orang-orang Bandung memang peramah. Lepak sekejap je, tapi cerita macam dah kenal sepuluh tahun, macam atok nenek aku pun dia kenal. Best-best. Setiap malam dok melepak dalam bilik ramai-ramai sekali dengan student Stikes/ Kolej Rajawali berborak dalam bahasa Indo. Naik fasih gua cakap. Memang lupa daratan betullah. Huhu. Advantage dah ade geng Indo ni, bila keluar shopping, bawak diorang sekali. So dapatlah beli harga murah dekat Pasar Baru.Muhahaha. Tak payah nak bertawar menggila sangat.Just let them do all the talking, then penjual ingat kitorang pun orang Indo. Hehehe. Kalau dia tahu orang luar, sure kena hentak harga tinggi punya. Kadang-kadang tu merapu juga, benda boleh dapat dalam harga 100ribu rupiah, dia jual 300-400 ribu. Berkali ganda tertipu kalau tak pandai tawar. Tapi kalau lu poket tebal tak da hal lah kan. Ala, buat apa nak tunjuk that you can spend hard? When you can spend smart. Hahaha




Next trip untuk clinical posting, India! Hahaa ok nak google jap kat india ade apa. K Bai.


0 comments

Posted by: Cacha
Time: 10:16 PM

back to top?
Friday, October 14, 2011 @ 10:31 AM
AA'S CONVOCATION



Masa cepat berlalu. Dalam sedar tak sedar, Aa dah habis pun belajar. 5 tahun untuk dapat Degree in Bio Science. T_T. Aku ni.. lagi setahun. Itupun kadang-kadang rasa macam nak bunuh diri. Huhu. Doa-doakan ajelah, semua ni berbaloi-baloi. Well after all, education paling penting kan. Beauty without brain is nothing. *angkat bakul sendiri.

Anyhooo~ let the picture's do all the talking.







Person behind all the picture's.

Align Center



How i just love candid picture's :D



Big bear for big person ;)




0 comments

Posted by: Cacha
Time: 10:31 AM

back to top?
Saturday, October 8, 2011 @ 10:02 AM
TRANSTUDIO BANDUNG



Dua minggu di Bandung. There's so many things i done and went. Nak cerita dalam satu entry memang berjela lah panjangnye. Muak pulak nanti. So step by step. Basically Bandung, is totally not like what i've expected. Cowok-cowok nya sumpah ganteng! Sumpah rasa tak nak balik. HAHA .Budaya mereka really polite , ramah mesra, dan kat mana-mana pun sentiasa senyum. Ha itulah yang membuatkan tugasan aku disana jadi bertambah bahagia, Tak perlu tekejar-kejar. Rileks saja, memang dapat layanan superb dari semua staff.

Ok, tak nak cerita pasal kerja. Karang aku yang muntah.

One of the thing's that i like, semua makanan dia Setan! Ha kalau nak tahu setan tu adalah pedas! Nasi goreng setan, mee kocok setan. semua setan belaka. Ha ngam lah tu dengan orang yang makan. Muhahaha *evil laugh. Tapi kesianlah dengan orang yang tak makan pedas. Memang comfirm diarrhea punya. Cerry Berry sampai satu hari dekat toilet. Siap in warded kena masuk IV because of too much loss of body fluid.

Pada 5 hari terakhir aku disana,My Lovely Parent's pon datanglah melawat. Rindu lettew~



Abah pegang violin. Alkisahnya, lepas saja diorang landing kat Bandung, aku terus bawa ke Shopping Mall, Paris Van Java dekat dengan hotel untuk membeli instrument tersebut. Muhaha.Banker dah sampai lah katekan. Tak sabar tahap gaban.

Dekat tempat kerja, semua staff sibuk suruh pergi Transtudio di BPM Mall. Khabarnya the largest indoor theme park in the whole wide world. Amboi ko. Tak nak kalah. So, untuk mengelakkan kempunan, we went there.


Weeeeeeeeeeee~~~

Memang besar dalam Transtudio ni. Games dia ada about 16 je, tapi memang worth it. Memang stok nak tertanggal jantung. Hampir-hampir nak Myocardiac Infarction lah aku. T_T. Starting with the largest roller coaster. Laju dan mengerikan. Aku dan Dila duduk depan sekali, so siapa yang duduk belakang, masak lah korang makan air liur sebab sepanjang ride menjerit sampai nak tercabut anak tekak.

Hari kitorang datang tu, ada concert artis indo yang duo comel tu. Siapa entah nama diorang. HAHA. Sian kauu. Showmanship diorang memang superb. Tapi kami fedulik hape. Dila sibuk tarik-tarik pergi masuk sana sini. Ada dua atau tiga ride yang nampak macam bodoh-bodoh, macam cup berpusing, sekali bila naik.. nauzubillah. berpusing 360 darjah. Memang rasa nak muntah hijau pun ada. Habis je ride tu, bila turun kena berdiri for about 5 minutes untuk centerkan kepala balik. Jalan macam orang minum Todi. HAHAHA



Yang paling best rumah hantu dia. Memang tahap nak terkucil lah wa cakap lu. Ni bukan stok rumah hantu macam dekat funfair tu yang spray-spray air , dok meraba-raba orang tu. Ni tahap nak sawan punya. Lu bayangkan Sundel Bolong pun cukup lah. Seram tak? Cer bezakan dengan hantu malaysia yang terbang-terbang pakai kain carik tu. Huh.

Staff dalam tu semua berselubung. Muka pun stok seram je. Dalam rumah hantu tu, kena naik macam kereta api yang 4 orang je boleh naik, lepas tu dia lepaskan satu-satu. So berjalanlah keretapi dalam rumah hantu selama 15 minit. 15 minit! i tell you! Memang kau akan jerit sampai dah tak keluar suara. Bayangkan, siap ada orang yang lari dari kereta api sebab takut. Hantu dia memang real punya, setting kat dalam pulak memang besar, siap ada van mayat yang automatik slide keluar keranda. Eih, senang kata memang menakutkan habis lah. Indonesia lah wei. Cer bayangkan Suster Ngesot. Hah takut tak? takut tak?



Actually, sambil aku masuk Transtudio, ibu dan bapa ku shopping di Mall bersebelahan. Haha pandai tak aku distract mereka. Apa? Mereka join dalam Transtudio? Lupakan. Mau terbakar satu bangunan jika bapaku rasa tertipu dengan Ride yang dirasakan stok mainan kanak-kanak rupanya, mampu menggugurkan jantung,limpa,buah pinggang dan sebagainya.



Tangan tu bermaksud, bersatu kita teguh. Bercerai kita roboh. WAKAKAKA.

Jangan persoalkan rambut aku yang dah macam mangsa rogol. Huhu. Mana taknya, dah semua ride stok tunggang terbalik - pusing pusing - muntah. Dah lah kami tertipu dengan satu ride ni, ingatkan bot just terapung saja dalam air, kunon nak tengok scenery la. Sekali engkau, dia gedebushh dalam air. Kuyup.

Overall, Transtudio ni memang best. Seswai untuk orang yang rasa jantung dia kuat, dan bersemangat waja. Kalau setakat masuk nak main game duduk dalam telur tak pun cawan berpusing. Lupakan. Kau pergi Kid's World kat OU sudah. HAHA.


0 comments

Posted by: Cacha
Time: 10:02 AM

back to top?
Thursday, September 29, 2011 @ 1:27 PM
WE R FAMILY




Welcome to our family. Hahaha
Miss guitars and ukelele, show respect to your lil sista okeh. hahaha




0 comments

Posted by: Cacha
Time: 1:27 PM

back to top?
Personal Dictionary

Alip Paan
Alif Farhan
Hilang Punca
Perempuan Jomblo
Ailyl Rozanna
Vivy Yusof
Hanis Zalikha
XiaXue
Look Book
Dianarikasari
Honey Pumpkin
Red Mummy
Nurul Chika
Totinx
Traffic

Online Users
Cacha ChanneL copyright ©
Established since: 31 July 2008

Post By LabeLs

DOCTOR LOVE
MY LIFE STORY
ENTRI TAJAM SINIS
JLBM'09 COMPETITION
BENDA-BENDA NORMAL